Wednesday, November 10, 2010

4 Cara Kawal Perbelanjaan di Pasar Raya




Ada cara untuk meninggalkan pasar raya dengan barangan yang diperlukan sahaja, sekaligus mengelakkan anda berbelanja secara berlebihan. Membazir tau !

1.   Guna Bakul Untuk Isi Barang
Ketika membeli barangan dapur misalnya, sila gunakan bakul yang disediakan untuk mengisi barang. Pastinya anda tidak suka mengangkat bakul yang berat terlalu lama dan akan ke kaunter apabila bakul mulai terasa berat. Jadi, anda tidak akan berbelanja secara berlebihan. Elakkan menggunakan troli kerana ia menggalakkan anda mengambil lebih banyak barang biarpun tidak begitu berkepentingan disebabkan anda tidak rasa berat kala menyorongnya.

2.   Buat Senarai Barangan Perlu Beli
Amalan ini banyak membantu anda berjimat kerana mendorong kita hanya membeli barangan yang sedia tertulis sahaja. Misalnya, anda menulis untuk membeli susu dan roti, maka anda akan tuju bahagian berkenaan dan tidak akan singgah di bahagian lain contohnya mee segera ataupun coklat.

3.  Awasi Tawaran " Beli Satu Dapat Percuma Satu
Cuba bayangkan jika pasar raya itu menawarkan tembikai, berapa banyak tembikai yang anda boleh makan dlm masa seminggu ? Buah yang masak ranum atau sayuran yang sudah dipetik beberapa hari lazimnya dijual dengan harga lebih murah.

4.  Bawa Wang Tunai
Menggunakan kad kredit menggalakkan anda berbelanja lebih kerana berasa seronok bagaikan anak kecil mendapat coklat. Lagipun anda tidak lihat nilai wang sebenar yang dibelanjakan berbanding jika anda membayar dengan wang tunai.


Sumber dari Majalah Intrend Bulan November 2010

Berminat, Sila isi form ini! Thank You!

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.