Monday, June 7, 2010

Kalau Orang lain BOLEH Mengapa Kita TIDAK BOLEH?


Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa berfikir 'boleh'.





Bila kita mengakui dan berfikir kita boleh maka dengan sendirinyanya anda telah menyokong diri anda untuk mencapai kejayaan. Hanya bila anda mengatakan 'tidak boleh' barulah anda dikatakan bahawa diri anda sendirilah penghalang kejayaan atau diri anda adalah musuh anda sendiri.




Mengatakan dan memikirkan boleh akan membuka fikiran anda kearah kejayaan, meluaskan horizon dan membuka pintu rezeki. Sebaliknya jika anda memandang dari sudut tidak boleh maka dengan sendirinya anda menutup fikiran anda dari kejayaan dan membukanya kepada kegagalan yang berkekalan, dunia terasa sempit dan rezeki semakin sempit. Hanya orang yang negatif sahaja yang akan berkata, 'Dia boleh lah... saya mana boleh!". Sebaliknya orang yang sedang menempa kejayaan akan mengatakan, "Kalau dia boleh kenapa saya tidak boleh?"





Untuk berfikir boleh, tidak ada cara yang terbaik dengan membandingkan diri anda dengan orang yang telah berjaya, tanyakan kepada diri anda, "Kalau dia boleh di mana silapnya diri saya ini?" Tidak lama kemudian anda akan menemui berbagai-bagai kesilapan diri sendiri. Kesilapan itulah sebenarnya penghalang yang mesti dianalisa dan dihapuskan supaya anda boleh membina masa depan yang gemilang.




Dari buku-buku motivasi Razzi Armansur - penulis yg amat saya kagumi.






No comments:

Post a Comment

Berminat, Sila isi form ini! Thank You!

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.