Monday, June 7, 2010

Masalah Sebagai Peluang Kejayaan


Orang lain melihat masalah sebagai perkara yang menyusahkan. Anda melihat masalah sebagai peluang yang membawa anda kepada kejayaan.


Setiap masalah yang datang kepada anda bersama penyelesaiannya sekali. Tetapi penyelesaian tidak kelihatan, yang kelihatan pada permulaannya hanya masalah. Penyelesaian boleh kelihatan jika anda percaya bahawa masalah yang ada, adalah untuk diselesaikan bukan untuk menyusahkan anda. Setiap kali anda menyelesaikan masalah, bermakna anda telah maju setapak lagi ke arah kejayaan kerana itulah sebenarnya kejayaan iaitu dilindungi oleh masalah, cabaran, halangan dan kegagalan-kegagalan sementara.


Jangan berputus asa apabila menemui masalah. Selagi anda hidup, selagi itulah anda akan menemui masalah demi masalah yang mencabar anda. Melainkan anda pengecut anda akan berundur. Orang yang berputus asa dikatakan orang yang tidak bermaruah dan tidak berkualiti.

Mereka yang berjaya adalah kerana mereka berpegang kepada prinsip yang satu iaitu tidak berputus asa.




Sumber: Buku motivasi Razzi Armansur.


No comments:

Post a Comment

Berminat, Sila isi form ini! Thank You!

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.